thanxs for viewing.njoy my writtin'.have a nice day :)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday 11 March 2011

tsunami di jepun 2011

MasyaAllah..
bila t'dengar berita lm radio n tv tadi.
tfikir jugak,kdg2 kita xbleh menjangkakan apa yang bakal berlaku dalam hidup ini.
kemusnahan yang ttbe datang tanpa diundang,
Besar kuasa Maha Pencipta.
Mungkin bencana yang melanda memberi kita peringatan agar sentiasa bersyukur ats
apa kurniaanNya.


TOKYO 28 Feb. - Jepun hari ini dilanda ombak tsunami setinggi 1.45 meter setelah mengarahkan beratus-ratus ribu penduduknya berpindah dari kawasan pantai berikutan gempa bumi kuat di Chile awal pagi semalam.

Ombak membanjiri bangunan di beberapa pelabuhan. Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk di kawasan tepi laut supaya terus berjaga-jaga dan menjauhi pantai kerana gelombang tsunami yang lebih besar mungkin menyusul.

Belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.

'Amaran tsunami besar' bagi menghadapi ancaman ombak raksasa setinggi tiga meter, adalah yang pertama dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun dalam tempoh lebih 15 tahun.

Arahan berpindah itu memaksa sekurang-kurangnya 320,000 penduduk meninggalkan kawasan di pantai timur Jepun sementara ombak setinggi 1.2 hingga 1.45 meter melanda kawasan pantai.

Ombak pertama, cuma setinggi 30 sentimeter, melanda pelabuhan terpencil Nemuro di pulau Hokkaido, utara Jepun, sehari selepas gempa bumi di Chile mencetuskan gelombang yang merentasi Lautan Pasifik.

Paras air di Nemuro segera meningkat ke paras melebihi satu meter sehingga membanjiri gudang-gudang dan menghanyutkan kenderaan.

Tsunami setinggi 1.45 meter membanjiri pelabuhan perikanan Otsuchi di pantai utara Jepun, manakala gelombang lebih kecil turut mengenai pulau Minamitori, 1,950 kilometer ke selatan Tokyo.

"Jangan menghampiri kawasan pantai dalam apa jua keadaan pun," kata Perdana Menteri, Yukio Hatoyama dalam amaran yang disiarkan di televisyen ke seluruh negara.

Penduduk berlindung di tempat tinggi sementara pintu pagar air di pelabuhan ditutup rapi dan bot-bot nelayan diarah pulang ke pantai.

Bagaimanapun kebimbangan mengenai ombak raksasa berpunca daripada gegaran besar di Chile reda di bahagian lain kawasan 'Lingkaran Api' di Lautan Pasifik.

Rusia menarik balik amaran tsunami selepas hanya ombak kecil melanda semenanjung Kamchatka, sementara perenang dan peluncur di Australia membanjiri kawasan pantai tanpa menghiraukan amaran pihak berkuasa.

Siren amaran dibunyikan di 50 negara dan wilayah di kawasan dari New Zealand hingga ke Jepun, sebagai tanda berjaga-jaga terhadap ombak besar itu, lima tahun selepas bencana tsunami Lautan Hindi meragut lebih 220,000 nyawa pada 26 Disember 2004. - AFP
gempa bumi pada skala ritcher 8.8.
nie beberapa gambar yang dapat di downloadkan :)

















msg : mungkin ini peringatan Maha Pencipta terhadap makhlukNYa.. :)

2 comments: