thanxs for viewing.njoy my writtin'.have a nice day :)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday 4 March 2011

Adab-adab Beramal Dengan Ayat-ayat Allah






"Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya..."
"Bacalah olehmu Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya"
(Hadis Riwayat Muslim)
Menurut Al-Imam Al-Ghazali, membaca Al-Quran akan mendatangkan pelbagai faedah. Untuk memperolehi kelebihan-kelebihan tersebut, seseorang itu hendaklah memenuhi adab-adab tertentu. Seperti yang dihuraikan dalam Bab ke-3 buku ini, di antara adab-adabnya ialah:-
  • Membaca dalam keadaan berwuduk.
  • Berinteraksi dengan ayat-ayatnya.
  • Membaca dengan mentadabbur maksud ayat-ayat itu.
  • Membaca dengan niat untuk mengkhatamkannya.
  • Memulakan membaca Al-Quran dengan ta'awwuz.
Doa Daripada Ayat Al-Quran

Susunan doa-doa ini adalah mengikut tertib surah yang terkandung di dalam Al-Quran.

  • Surah Al-Fatihah ibu segala doa, penawar segala masalah.
  • Doa agar menjadi hamba yang taat.
  • Doa semasa ditimpa musibah.
  • Doa untuk kebaikan dunia akhirat.
  • Doa agar diberi kesabaran dan kekuatan.
  • Ayat Al-Kursi: untuk menghindari perbuatan pukau dan sihir.
  • Ikrar orang-orang beriman.
  • Memohon keampunan atas kekurangan diri.
  • Memohon ketetapan hati dalam hidayah.
  • Doa untuk mendapatkan semula barang yang hilang.
  • Doa memohon keampunan.
  • Doa agar dapat membayar hutang.
  • Doa untuk bayi yang baru lahir.
  • Doa untuk mendapat zuriat.
  • Doa agar tergolong dalam kalangan orang beriman.
  • Doa pada kenderaan bermasalah.
  • Doa memohon pertolongan semasa menghadapi musuh.
  • Doa apabila menghadapi tekanan dan stress.
  • Doa golongan shuhada ketika memasuki syurga Allah s.w.t.
  • Doa agar selamat daripada golongan yang zalim.
  • Doa agar dimasukkan ke dalam golongan orang beriman.
  • Doa Nabi isa a.s. agar beroleh rezeki.
  • Doa Iftitah.
  • Doa ketika menyaksikan sembelihan Aldiladha.
  • Doa memohon keampunan dan rahmat Allah s.w.t.
  • Doa pembuka majlis.
  • Doa agar terselamat daripada golongan orang jahat.
  • Doa agar memohon Allah s.w.t. membalas hukuman.
  • Doa memohon kesabaran dan mati dalam iman.
  • Doa Nabi Musa untuk dirinya dan Nabi Harun.
  • Doa agar terselamat daripada sifat lalai manusia.
  • Kelebihan At-Ta'awwuz untuk menghalau syaitan.
  • Doa memohon dicukupkan keperluan.
  • Adab menutup doa.
  • Doa menghindari sihir dan ilmu hitam.
  • Doa memohon dijauhi angkara kezaliman.
  • Zikir minta hujan.
  • Doa agar beroleh rezeki.
  • Doa ketika menaiki kenderaan di air.
  • Doa Nabi Nuh memohon keampunan kerana meminta perkara yang tidak diketahuinya.
  • Doa agar selamat dari godaan wanita.
  • Doa Nabi Yusuf agar mati dalam Islam.
  • Doa Nabi Ibrahim agar tempat tinggalnya menjadi aman.
  • Doa Nabi Ibrahim agar keluarganya mendapat keampunan.
  • Doa untuk kesejahteraan ibu bapa.
  • Doa agar beroleh tempat tinggal yang baik.
  • Doa agar beroleh keselamatan.
  • Ucapan syukur dan takjub pada nikmat Allah s.w.t.
  • Doa memohon perlindungan Allah daripada segala kejahatan.
  • Kaf Ha Ya Ain Sad Memohon perlindungan Allah.
  • Doa agar difasihkan lidah dan dilapangkan dada untuk berkomunikasi.
  • Doa memohon ditambah ilmu.
  • Ayat penawar daripada api dan rasa sakit.
  • Doa agar beroleh kefahaman dan kuat ingatan.
  • Doa Nabi Ayyub ketika ditimpa penyakit kronik.
  • Doa Nabi Yunus ketika dalam kesusahan (perut ikan).
  • Doa Nabi Zakaria agar mendapat zuriat.
  • Doa ketika berhadapan dengan perkara yang rumit.
  • Doa Nabi Nuh agar terselamat daripada ribut taufan.
  • Doa agar dijauhkan daripada orang yang zalim.
  • Doa agar terselamat daripada gangguan syaitan.
  • Doa agar mendapat keampunan dan kerahmatan.
  • Penawar pelbagai penyakit.
  • Doa selesai Tasyahud akhir.
  • Doa agar selamat daripada azab neraka.
  • Doa agar beroleh pasangan dan anak-anak yang baik.
  • Doa selepas wuduk.
  • Doa agar tergolong dalam golongan yang soleh.
  • Doa Nabi Ibrahim agar selamat daripada penghinaan.
  • Doa Nabi Lut agar selamat daripada ahli maksiat.
  • Doa Nabi Sulaiman agar menjadi hamba yang bersyukur.
  • Doa Nabi Musa agar mendapat keampunan.
  • Doa Nabi Musa agar selamat daripada kaum yang zalim.
  • Doa Nabi Musa memohon perlindungan Allah.
  • Doa Nabi Lut agar mendapat pertolongan terhadap golongan yang ingkar.
  • Zikir setiap pagi yang petang.
  • Doa agar dicukupkan keperluan.
  • Doa agar dihilangkan perasaan sedih.
  • Doa Saad bin Abi Waqqas agar tentera Islam dapat menyeberangi lautan.
  • Doa Nabi Ibrahim agar dikurniakan anak yang soleh.
  • Doa agar berat timbangan amalan kebaikan.
  • Doa agar menjadi orang yang taat.
  • Doa Nabi Muhammad s.a.w dalam qiyamullail.
  • Penawar bagi hati yang gemar membuat maksiat.
  • Doa para malaikat kepada orang yang beriman.
  • Doa Sayidina Umar r.a ketika kemarau.
  • Doa agar mensyukuri nikmat Allah.
  • Kelebihan berdoa dengan Al-Asma Al-Husna.
  • Doa memohon keampunan diri sendiri dan generasi terdahulu.
  • Terapi daripada gangguan jin.
  • Doa agar selamat daripada fitnah.
  • Kelebihan ayat seribu dinar.
  • Doa agar dikurniakan nur.
  • Doa agar terselamat daripada seksa kubur.
  • Doa apabila menderita sakit gigi.
  • Doa agar Allah menghukum kaum yang ingkar.
  • Doa agar beroleh kelapangan hati.
  • Doa agar dipermudahkan urusan.
  • Surah yang menjadi penawar kepada pelbagai masalah.
  • Penawar daripada gangguan sihir.
  • Penawar daripada gangguan jin.

No comments:

Post a Comment